>> Anak-anak Mummy Kiko
Anak-anak arnab yang kini tinggal 10 ekor, alhamdulillah semuanya sihat belaka.Cuma seekor, chesnut saya lihat badannya agak kecil berbanding yang lain..macam lemah dan kadang-kadang jatuh terbaring. Adakah ini dinamakan ‘peanut’? Setahu saya istilah peanut nie cuma baka ND sahaja..tak taulah jika boleh digunapakai bagi baka lain. Di matanya pula ada sedikit macam bengkak, saya bubuh ubat sakit mata nampak macam oke la sket…tapi, malang sungguh nasibnya..kakinya pula bengkak..mungkin termasuk celah sangkar, dan berlaku infection.Saya sapu la minyak gamat, harap-harap sembuhlah.
Manakala lagi 3 ekor anak Mummy Summer baru jer celik mata. Ada 3 ekor semuanya..sekor chincilla,sekor chesnut dan sekor lagik corak macam Spike..heran jugak melihat anak Summer kali nie..langsung xde ciri-ciri Mummy Summer, tetapi mengikut ciri-ciri Spike & Tweet pulak…aii…tak ingat pulak adakah saya telah mengawankannya dengan kedua2 Spike & Tweet? Apa-apa pun alhamdulillah, semua sihat..Mummy Summer very protective…semua anaknya disorok jer bawah perut dia…







Spike (kiri) , Blink (kanan)

