RSS

Pemakanan Arnab

12 Oct

Pemakanan Arnab


  • Makanan Pellet

>> Contoh Pellet: Pellet Grower

Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum.

Bagi induk betina dewasa, 120 g / hari / ekor,

penjantan dewasa 60 g / hari / ekor,

anak arnab sebanyak 50 ke 100 g / hari / ekor.

  • Makanan Hijau

Rumput2.sayuran & dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik etc
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi ( sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diterangkan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.


  • Rumput kering atau hay

>> Kiri: Alfalfa Hay ………… Kanan: Alfalfa Cube

Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.


Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.

  • 4. BIJI-BIJIAN

>> Jagung

Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.


Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.


Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

  • 5. Umbi-umbian

>>Ubi Keledek

Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.

  • 6. konsentrat

Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya .
MAKANAN SEIMBANG


Jumlah makanan di dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.
Arnab dewasa, 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, Arnab bunting / menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25-50%.
Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, Arnab muda (2-5 bulan, berat dianggarkan 2 hingga 4kg) – memerlukan 180-200g konsentrat sehari. Arnab dewasa (berat 5kg) – memerlukan 160-180g sehari Arnab bunting / menyusukan anak – memerlukan 200-250g konsentrat sehari.
KOMPOSISI MAKANAN ARNAB


Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang ada dalam tempoh pembesaran:
Protein – 14 ke 18%: Lemak – 3 ke 6%: Serat – 15 ke 20%: Abu – 5 ke 6%
Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa: Protein – 12 ke 14%: Lemak – 2 ke 4%: Serat – 20 ke 28%: Abu – 5 ke 6%

Sumber: – Joe Meudula, artikel ini diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman.

About these ads
 
5 Comments

Posted by on October 12, 2010 in makanan arnab

 

Tags: ,

5 responses to “Pemakanan Arnab

  1. khairul annuar

    November 29, 2010 at 9:51 pm

    salam 1 malaysia……
    Saya berminat nak bela arnab daging, kepada sesiapa tahu kat mana nak dapat baka dan kat mana nak jual dagingnya, sila email saya.

    terima kasih

     
  2. ali

    April 8, 2011 at 2:40 am

    askum…sy bru beli anak arnab..di sini sy dah bgtau pasal arnab sy..semua jenis makanan sy dah bg..tp arnab sy tak makan jugak..sy cuba bg daun bunga raya merah..dia mkn…
    bleh sape2 tlg bantu sy…

     
    • dila muhsin

      April 8, 2011 at 10:29 am

      bg mkn sayur/ulaman/buah..pellet pun kena bg..kalo x diet arnab x seimbang…ada byk brand pellet…maybe dia nk yg brand mahal la tu

       
  3. syazana

    July 16, 2011 at 12:17 am

    sy br belajar bela arnab besar eee susah gak kan ngan kuku tajam, dia sakit ke, sejuk ke..risau sy..

     
    • dila muhsin

      July 19, 2011 at 7:04 am

      potong la kuku tu pki pengetip kuku kucing tu….

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: