RSS

Teknik menyusu arnab secara manual

21 Jun

Menyusukan arnab secara manual ada 2 cara.

1. Meletakkan kedudukan ibu arnab seperti di gambar (1) di atas riba anda atau di atas lantai, boleh juga di dalam bakul atau nestbox. Jika si ibu tidak tenang atau ingin bergerak ke tempat lain, anda perlu menenangkannya dengan cara mengosok di bahagian kepalanya. Letakkan anak arnab di bahagian bawah perutnya dan biarkan anak arnab menyusu sehingga kenyang. Cara ini agak sukar untuk kita ketahui samada anaknya dapat menyusu atau tidak.

Cara ke 2:-

Menelentangkan ibu arnab seperti gambar ke dua, rujuk gambar ke 2 dan ke 3. Pegang kedua tangan ibu arnab jika dia meronta..perlu diingat setiap kali menyusukan arnab secara manual, anda haruslah menenangkan si ibunya terlebih dahulu. Jika tidak kemungkinan si ibu akan menendang dan anaknya yang telah diletakkan di atas perutnya akan terjatuh. Apabila si ibu telah tenang, letakkan anak arnab di atas perut ibunya dan biarkan ia mencari sendiri puting susu atau dengan bantuan dari anda. Cuba dengan seekor anak arnab dan kemudian letakkan anak arnab yang lain. Maksimum yang dicadangkan ialah 3 ekor supaya penghasilan susu lebih banyak dapat dihasilkan berbanding dengan menyusukan seekor demi seekor.

Bagaimana hendak tahu anak arnab sudah kekenyangan susu?

1. Perhatikan perut anak arnab, anda akan dapati ada bentuk bulat keputihan dan kembung. Maknanya anak arnab telah berjaya disusukan.

Saya lebih suka menggunakan kaedah yang kedua kerana lebih mudah untuk memperhatikan samada anak arnab dapat menghisap susu atau tidak. Sepanjang proses penyusuan, anda haruslah bijak supaya si ibu arnab sentiasa tenang. Seringlah gosok-gosok di bahagian kepalanya. Semoga berjaya!!

** Pictures Source From

>> http://www.welshrabbitry.com/birth.html

>> http://miepeatyrabbit.blogspot.com

 

Berikutan daripada topik ini yang telah saya ‘share’ kan di facebook di Fanpage Rabbit Lovers ¬†@ Pencinta Arnab, ia telah mendapat komen yang hebat daripada fan…jd di sini saya link kan sahaja, supaya anda dapat ¬†membaca dengan lebih lanjut berkenaan dengan isu ini

>> SILA KLIK DI SINI!!

About these ads
 
5 Comments

Posted by on June 21, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags:

5 responses to “Teknik menyusu arnab secara manual

  1. arnisuju

    July 29, 2011 at 6:54 am

    alhamdulillah cra ni membantu sya dlm mnghadapi masala,sesiapa yg tau tntg arnb info kan sya,sy nak btnya,ble?

     
  2. Noahh Z Kun

    November 8, 2011 at 7:25 pm

    anak arnab 2 klu pngang ngn tgan xda msalah kew??
    tkut nti ibu gigit anak lak…

     
    • dila muhsin

      November 9, 2011 at 9:48 am

      selepas pegang anaknya…gosok2 area kepala ibunya…

       
  3. Salleh Yaacob

    December 29, 2011 at 9:12 pm

    Perut anak-anak arnab saya sejuk dan mereka tidak mahu menghisap susu ibunya . Perut mereka juga terlalu kembung . Terdapat beberapa ekor mati . Ada tips ?

     
    • dila muhsin

      December 30, 2011 at 10:41 am

      erm..perut kembung tu mungkin masalah angin…mungkin sangkar arnab tu terlalu terdedah kepada angin..utk kelahiran berikutnya, tutup sangkar ibu arnab dengan kain untuk mengelakkan udara/hujan secara terus ke arnab…mungkin ibu arnab tiada susu…beri makan alfalfa hay utk memperbanyakkan susunya.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: