RSS

Rumah Arnab Sudah Siap!

23 Mar

Minggu lepas iaitu hari Sabtu-Isnin saya balik kampung di Perak. Arnab-arnab semua telah di hantar ke kg suami saya dengan 2x trip..suami saya demam pada hari Sabtu, mungkin kerana kepenatan ataupun sebab tidak cuci tangan selepas mengangkat sangkar-sangkar arnab ke dalam dan ke luar kereta.

Saya juga mengesyaki punca anak saya sering demam mungkin juga disebabkan oleh arnab-arnab ini. Sebabnya anak saya selalu bermain dengan anak-anak arnab dengan cara menggendong anak arnab di bajunya. Bulu-bulu dan kotaran mungkin telah tersedut masuk dan menyebabkan demam..Tapi yang balik menakjubkan ialah apabila saya kata,  nak balik Perak pada anak saya tu, dia terus sembuh..Semangat nak balik kampung, jumpa Pah dan Tok..kami memang lama dah tidak balik kg sejak Hari Raya Haji tahun lepas.

Tadi, selepas saya menghantar Syuhada ke taska saya singgah sebentar di rumah baru. Wah! Rumah arnab-arnabku sudah siap (^_^)..cantik dan kemas buatannya..muatlah untuk menampung semua 14 ekor arnab sekarang ini. Di masa akan datang saya pun tidak pasti berapa ekor arnab yang akan kami bela :)

Petang ini, setelah balik dari kerja suami saya akan mengambil sebahagian arnab dan esok akan ambil lagi sebahagian..

Rumah arnab nie nanti, kami akan buat sistem saluran air dan bekas makanan yang boleh menampung pellet sehingga 4-5 hari. Jadi, nanti bila nak balik kg di Perak tak perlu lagi hantar arnab-arnab ke kg suami saya..

Saya akan beli online Rabbit Nipple Water Feeder di Arnab Riverstone

Bekas makanan cadangnya nak buat cam ginilah..bekas makanan nie boleh disangkutkan di sangkar..

About these ads
 
6 Comments

Posted by on March 23, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , , , ,

6 responses to “Rumah Arnab Sudah Siap!

  1. Syed

    March 23, 2010 at 10:31 am

    salam kak,boleh ker tmpat makanan tu,tak masuk angin ker makanan dibiarkan 4-5 hari.syed prnah terdngar ada breeder kata makanan selepas 24jam harus dibuang krna boleh menyebabkan arnab sakit perut.Info ni syed dapat dari salah seorag breeder di malaysia.

     
  2. dilamy

    March 23, 2010 at 10:37 am

    pellet cuma terkumpul di bawah tu saja..yg breeder maksudkan selepas 24jam kena buang ialah pellet yang biasanya dibubuh dalam bowl terdedah..cam bekas makanan nie, kan dia tertutup? bila makanan di bawah dah habis, pellet yang baru akan turun ke bawah.

     
  3. Niezamx Said

    June 23, 2011 at 4:37 am

    salam.. ade jual ke bekas ni

     
  4. Ahmad Aqimuddin

    July 8, 2011 at 11:41 am

    salam…mcm mana bekas makanan ni berfungsi…makanan tu keluar automatik or manual…

     
    • dila muhsin

      July 8, 2011 at 8:28 pm

      makanan tu akan turun ke bawah sendiri..konsep sudut 45 darjah…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: