RSS

Adakah Arnab Sesuai Sebagai Haiwan Peliharaan?

15 Nov

Sebelum anda jatuh cinta untuk memiliki arnab yang cute miut, manja dan comel anda perlulah menitikberatkan beberapa perkara seperti berikut :-

  • Jangkahayat arnab ialah 5 tahun atau lebih. Ia memerlukan pemerhatian yang lebih dan tempat tinggal yang selesa atau lebih tepat seperti habitat semulajadinya. Taman kecil arnab agak sesuai disediakan, supaya ia dapat berlari-lari, bermain dan berehat dengan suasana harmoni dan penuh ketenangan.Atau anda boleh melakukan seperti saya, setiap hari saya akan lepaskan arnab-arnab saya dari sangkar selama 30-60 minit sehari supaya mereka berasa seronok bermain berlari-larian ke sana-sini.
  • Bau air kencing arnab berbau tengik dan sangat kuat. Anda perlu membersihkannya setiap hari. Jika tidak berkemungkinan lalat akan menghurungi sangkar arnab anda.
  • Apabila anda membela arnab, JANGAN sesekali turut memelihara anjing atau kucing. Anjing dan kucing berkemungkinan besar akan memakan arnab anda. Meskipun anda menempatkan arnab di dalam sangkar, anjing dan kucing tetap akan mencuba memakan arnab anda. Oleh itu, berhati-hatilah!
  • Arnab memerlukan pemerhatian yang lebih. Sekiranya anda menempatkan mereka di dalam sangkar, sediakanlah alat mainan untuk mereka supaya mereka tidak berasa bosan.Tabiat arnab, mereka suka bermain ‘hide and seek’. Jika anda¬† kreatif, anda boleh membuat toys sendiri.

—pic toys..

  • Mungkin agak sukar untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor arnab yang bagus, kerana kebanyakan Vet lebih mengetahui perkara berkenaan anjing dan kucing. Sesetengah dadah seperti Moxicillin, Lincomycin, Clindamycin sesuai untuk anjing dan kucing tetapi boleh membawa MAUT kepada arnab. Juga kos rawatan arnab adalah lebih mahal!
  • Arnab anda perlu diberikan pellet yang bagus, alfalfa hay (6bln ke bawah), timothy hay (6 bln ke atas), sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak semua sayur boleh diberikan kepada arnab anda. Iceberg lettuce tidak boleh diberi kepada arnab kerana akan menyebabkan masalah penghadaman.
  • Jika anda mempunyai arnab betina, pemandulan harus dipraktiskan supaya kehamilan yang tidak dijangka akan berlaku. Pemandulan juga dapat mengelakkan uterine cancer, yang biasa dihidapi oleh arnab.
  • Arnab jantan pula seringkali kencing sebagai menandakan kawasannya. Pemandulan juga adalah cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini terjadi.
  • Arnab tidak sesuai atau tidak tahan dengan cahaya panas matahari dan suhu yang tinggi. Arnab dapat menyeimbangkan dirinya dengan baik pada keadaan cuaca yang sejuk. Jadi, adalah lebih baik sekiranya ia bersama anda di dalam rumah.
  • Kebanyakan arnab boleh dilatih ke tandas, tetapi ada jugak yang tidak.
  • Jangkamasa yang sesuai untuk anda mula memelihara arnab ialah seawal usia 3-4 bln. Arnab akan matang pada usia 6 bln tetapi ada yang matang (spesis yang besar) pada usia 8 bln.
  • Arnab suka menggigit dan menggali, jadi bersedia kerosakan kecil yang bakal berlaku ;)
About these ads
 
3 Comments

Posted by on November 15, 2009 in My Bunnies

 

Tags: , , , , , ,

3 responses to “Adakah Arnab Sesuai Sebagai Haiwan Peliharaan?

  1. laila

    July 23, 2011 at 12:30 pm

    sy memang sukakan arnab tp tidaklah sampai ke tahap untuk menternaknya…setakat ini sy mempunyai 6 ekor … 2 dewasa dan 4 ekor dlm lingkungan 2 bln…sya cume bela mereka dlm sangkar besi ….rutin sy setiap hri slm dan slps balik keja ialah bersihkan sangkar2 mereka setiap pg dan ptg supaya ianya sentiasa bersih..lgi pon oleh kerana sy tinggal dirumah teres, kebersihan memang sy akan utamakan sbb ialah mungkin ada jirian2 sebelah yg tak suka..makanannya sy cume beri pellet 2 x shri..kadang2 apabila hri minggu sy lepaskan arnab2 ni untuk bermain2..

    apa yang sy risaukan ialah bagaimana CARA YANG TERBAIK untuk menangani apabila arnab2 ni sakit seperti SELSEMA dan CIRIT BIRIT kerana setakat ni sudah 4 ekor arnab sy mati kerananya..

    tolongla beri panduan untuk menangani masalah ni apabila ianya berlaku….

     
    • dila muhsin

      July 25, 2011 at 11:10 am

      masalah cirit-birit & selesema memang seringkali melanda arnab..kedua penyakit tersebut ada cara & rawatan yang saya cadangkan..rujuk topik – Penyakit – side kanan yea..

      -dila- 012 2380538

      Khidmat dan jualan :-

      http://www.BannerServices4u.com ~ banners & web designing with lowest pricehttp://arnabcute.wordpress.com ~ All about my bunnies to share with http://www.tudung-collections.com†~ Tudung fareeda..tampil anggun dengannya.http://www.projekcopycat.com/DilaMy†~ Gapai Berat Idaman Anda dengan RxLite

       
    • dila muhsin

      August 1, 2011 at 9:04 am

      untuk elakkan selesema, bg arnab vitamin atau minum Em4..utk rawatan cirit-birit, bole beri arnab minum yakult sehingga sembuh

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: