RSS

Cara Memandikan Arnab

28 Oct

Memandikan arnab sebenarnya adalah tidak digalakkan kecuali jika arnab tersebut kotor sangat, badannya perlulah dicuci dengan cara mengeringkannya betul-betul. Jika tidak dikhuatiri ia akan menyebabkan arnab sakit atau dijangkiti kutu kerana persekitaran yang lembab merupakan salahsatu faktor kutu boleh membiak.

mandi arnab

Pertama kali saya memandikan arnab adalah disebabkan badan arnab saya iaitu Bubbles yang berlumuran dengan air kencing akibat tidak dapat mengimbang badannya dengan betul ketika ‘wryneck‘ tempohari.

Berikut saya letakkan perbincangan berkenaan memandikan arnab daripada forum BicaraJutawan.com

quote : shamza

>>Kalau macam saya la, kalau dah tahap kritikal tu….biasanya saya mandikan dengan campuran setengah tutup Dettol dengan 1 baldi air(besar). pastu make sure lap kering, kalau ada hair dryer lagi baik. Untuk lebih berkesan, semburkan dengan cecair nyah kutu (lupa lak apa namanya sebab skang kat ofis, bendanya kat umah) One most important thing, jaga kebersihan sangkar. Najis dan air kencing kena selalu dibersihkan. Jangan letak sangkar ditempat lembap. Sekali sekala dedahkan arnab pada matahari (awal pagi atau lewat petang). Kalau dah tahap gaban tu, suntiklah Avermectrin. Gerenti cure…..Insya Allah….

>>Boleh guna Dettol, saya selalu gunakan bila mandikan arnab 2 minggu sekali. Just make sure ada2 bau je Dettol tu, jangan pekat sangat. Satu lagi, jangan mandikan bahagian kepala. Pastu bilas ngan air bersih sekali, baru lap kering. Tempat2 luka, leh sapu minyak gamat sikit2 je.

Kalau arnab bulu kembang tu (anggora), cuba beli sikat yang cam berus tu (kat petshop ada jual), sisir bulunya seminggu sekali kurang2. Dalam pada sisir tu ada gak kutu yang terkeluar.

Untuk elak lalat, saya biasanya lepas cuci sangkar, saya spray ngan campuran Dettol n Serai Wangi Alfi Hanif tu, campurkan setengah tutup je dua tu + air, masuk dalam spray botol kecik tu then spray pada lantai keliling sangkar. Jangan spray dalam sangkar, jaring atau arnab tu, kang kiok lak. Setakat ni memang takda lalat atau bau.

Penyebab kutu biasanya disebabkan persekitaran kurang bbersih, lembap atau berdekatan ngan ternakan seperti ayam itik. Dia boleh merebak ke arnab lain. Kalau dapat asingkan arnab yang kritikal tu sebelum kutu tu cari perumah baru.

quote : iceburn

>>mandikan arnab?
sila baca artikel ini>>>> Arnab Kiut Comei: *.* Arnab Mandi (Paru-Paru) dan Bulu Arnab Bergulung *.*
selalu jadi kes mandikan arnab nih dua kali, first mandikan utk bersihkan, secondly mandi jenazah…

quote : shamza

>>Setuju dengan anda, tapi mengikut Vet dan JP, bagi mengekang penularan penyakit menjadi lebih serius, perlu dimandikan arnab tersebut. Ini yang dipraktikkan oleh Vet.

>>..nak mandikan arnab…pegang kat ketiak dia tu, pastu tangan satu lagi ceduk air then curah paras tengkuk je sampai elus2 cecelah bulu2 dia. Tang buntut ngan kaki je kena gosok2 sikit. pastu bilas ngan air bersih, pastu lap kering2. Ada hair dryer, guna la lalu2kan je. Takda letakla bwah rembang2 matahari je. Jangan gi jemur lak, terkezut beruk kawan tu. Lepas sejuk, tetiba panas lak….

quote :  iceburn

Ramai golongan Vet selalunya mempraktikkan ilmu penjagaan penyakit kucing dan anjing, tapi kurang beri penekanan untuk penyakit² arnab. Ini kerana kedudukan arnab sebagai binatang pet di Malaysia tidak duduk ditempat pertama.
Mungkin anda terlepas pandang mengenai tulisan saya didalam blog mengenai struktur organ penafasan arnab.
Berikut beberapa petikan dari blog, kebanyakan isi yang ditulis didalam blog saya ambil dari pengalaman penternak² lama dan blog² luar negara. Perkara mengenai memandikan arnab ini juga pernah dibincangkan didalam thread ni, mungkin anda terlepas pandang di page² lepas atau mungkin tidak pernah baca langsung.
dari blog>>
“Untuk memandikan arnab pada sesetengah kes dan sesetengah pendapat mengatakan tidak mengapa. Ini berlaku jika(tidak mengapa memandikan), arnab tadi selepas dimandikan terus(secepat mungkin) di keringkan dan biarlah didalam keadaan suhu yg dapat memanaskan badan dia balik(suhu bilik pon okie).
Sesetengah pendapat ahli jemaah pula, melarang kita memandikan arnab, cukuplah disembur dengan semburan syampu dan dilapkan dengan kain basah. Selepas itu secepat mungkin juga di keringkan.
Perkara ini berlaku kerana struktur paru-paru arnab amat sensitif. Jika sedara perasan, arnab selalunya bernafas agak laju, mungkin saiz paru-paru yg kecil menyebabkan ini berlaku. Pada keadaan normal, perkara ini tidak mengapa, tetapi dikhuatiri hayat arnab akan berakhir selepas dimandikan, terpaksa pula mandi sekali lagi untuk mandi jenazah…
Begitu juga keadaan organ-organ yg lain, seperti masalah jantung kecil juga menjadi antara faktor utama pembunuh arnab secara tiba-tiba. Pemberian makanan yg berlebihan (selalunya yg mengandungi lemak/fat byk) akan mengakibatkan obesiti dan perkara ini membawa kepada serangan jantung.”

Pada saya, untuk memandikan arnab mengikut tatacara yang dipraktikkan anda itu tidak ada masalah, cuma bila membicarakan skala penternakan dan pemelihara hobi, memandikan arnab mungkin perkara yg diketepikan.
Jadi,
Ada sepasang arnab, bolehlah dimandikan, kalau mati boleh pegi petshop beli lain.
Ada 100pasang arnab, tak payah mandi, praktikkan penggunaan immunisasi dan pencegahan penyakit yg lain.


About these ads
 
59 Comments

Posted by on October 28, 2009 in Info Sihat

 

Tags: ,

59 responses to “Cara Memandikan Arnab

  1. ahza

    November 13, 2009 at 9:30 pm

    kalau arnab tu susah nak mandi macam mana?bila kene air je dia lari susah lah,macam takut air je.

     
    • dilamy

      November 14, 2009 at 9:14 am

      bole saya tau kenapa anda nak mandikan arnab anda? kebanyakan penternak arnab tak galak kan memandikan arnab nie..sebab dikhuatiri arnab tidak tahan dengan kesejukan dan akan mati tidak lama kemudian. Apabila keadaan kritikal, contohnya badan arnab penuh kutu, kebanyakan vet memang menganjurkan arnab supaya dimandikan. Biasanya mandikan arnab adalah jalan penyelesaian terakhir. Kalo saja2 nak mandikan tu tidak digalakkan. Lebih baik anda gunakan spray syampu sahaja.

      mandikan arnab nie x sama cam kita mandi kan kucing..cuma basahkan keseluruhan badan arnab dengan menyapu air ke badannya beserta syampu, pastu bilas dan keringkan. Arnab memang x suka air. Pegang bahagian leher dia..sebelum tu, cakap-cakap la dulu ngan arnab tu..contoh..’Bubbles(nama arnab) kena mandi, kalo x badan busuk, x wangi..terpulang ler pada anda nk pujuk rayu arnab tu camna..hehe..

      arnab nie dia faham apa yang kita cakap…

      dan jangan lupa..bhgn kepala arnab jangan dimandikan

      semoga berjaya…

       
      • Syah

        October 12, 2010 at 7:33 pm

        Saya pertama kali memandikan arnab…
        sewaktu saya mandikan, saya terdengar suara arnab seolah2 meronta-ronta ketika saya basahkan kepalanya…
        saya sangat berharap agar tiada apa berlaku…
        sy mandikan dengan air sejuk…
        ada apa2 efek lain tak?

        Yang Tidak Tahu…

         
      • dila -my-

        October 14, 2010 at 9:27 am

        erm…sepatutnya mandi kn arnab dgn air suam..kesian dia kesejukan…waktu yg sesuai ialah pada waktu tengahari…atau sekitar kul 11pg-1ptg..bhgn kepala pun jgn dibasahkan..

         
    • iznie

      December 24, 2009 at 10:27 am

      arnab sy klu mandi mulalah dia marah..
      di cakar sy n jentik-jentikkan air kt sy……..
      sbb 2 sy nk mandikan dia susah sgt…….nk wt
      cmne ye supya dia x marah apabila kita mandikan dia…..

       
      • dilamy

        December 24, 2009 at 10:49 am

        umur arnab berapa bulan? memang susah kalo nak mandikan jika usianya dh 6 bulan ke atas..sebaiknya dibiasakan mandi ketika usia 2 atau 3 bulan..arnab memang tak suka air, jadi apa yang perlu Iznie lakukan ialah lap-lap atau basahkan sedikit demi sedikit bulu arnab dengan tuala basah..kemudian keringkan..

        sebaiknya, jika keadaan arnab anda sihat walafiat tidak perlulah dimandikan kecuali kotor sangat akibat dia sakit..semburkan sahaja spray syampoo yang boleh diperolehi di pet shop..

        Arnab jenis Lop Ear memang mudah untuk dimandikan..cuba lihat shj gambar yg sy sertakan di sini.

         
  2. deedee

    January 4, 2010 at 9:46 pm

    saya ada 3 ekor arnab la..sekor ni kena pisah sbb kaki dia patah. tak tau la sbb apa mungkin sbb kaki dia lekat kat cage dia tu ke ntah tak tau lak. jadi bw yg sekor ni td pegi vet. so diaorg kasi ubat la utk dia. aktif sgt dia lepas mkan ubat tu. tp lak.yg 2 ekor ni tak plak seaktif yg sakit ni. nape ek? slalu mknan sama je.kangkung,carrot,baja. ada plak yg ceret. diam sgt la yg 2 ekor tu. sakit ke,

     
    • dilamy

      January 5, 2010 at 9:16 am

      ceret = cirit ker? kalo arnab cirit kena gi ubat cepat2, samada bawak segera ke vet atau bg ORS..kalo tetiba arnab diam, x aktif cam biasa..maybe dia sakit..

       
  3. melly@izzi

    April 18, 2010 at 6:44 am

    arnab i mati

     
    • dila -my-

      April 19, 2010 at 9:57 am

      oh…kenapa? dh tau punca2nya?

       
  4. JO

    April 23, 2010 at 6:46 pm

    KENAPA ARNAB SAYA BELA SELALU MATI DISEBAB KAN TAHI NYE CAIR

     
    • dila -my-

      April 24, 2010 at 5:45 am

      sudah tentu la akan mati arnab tu..cirit-birit (tahi cair) memang boleh membawa maut kepada arnab..rawatan memang segera perlu dilakukan apabila berlaku..klik kat cni utk info lanjut yea.. cirit-diarrhea/

       
  5. danil

    July 21, 2010 at 9:47 pm

    arnab ku sudah mati 3 ekor sekali gus

     
    • dila -my-

      July 22, 2010 at 10:20 am

      camna leh mati? keracunan? lemas?

       
  6. anie

    July 22, 2010 at 9:14 am

    kenapa arnab saya bulu banyak gugur

     
    • dila -my-

      July 22, 2010 at 10:20 am

      umur arnab berapa? cuba cek betul2 di bahagian yang gugur, adakah masalah kutu/kurap? Asing kan arnab yang sakit nie daripada arnab lain..

       
    • dayh

      March 26, 2011 at 11:01 am

      tempat yg ktor n selalu mkn thi nya sndiri…. akan menyebabkan arnab di jangkiti kuma..

       
      • dila muhsin

        March 26, 2011 at 9:17 pm

        bukan semua arnab makan tahi dia…kadang-kala shj..tahi yg dimakan semula adalah berbentuk gugusan anggur, mengandungi bakteria baik..tahi yg berkumpul atau tersangkut di celah cage perlu dibersihkan…

         
  7. anum

    August 12, 2010 at 10:25 am

    kaki arnab kotorla… kna kncing n najis dia… bole ke kalau nak basuh kaki dia gna syampoo baby… x sukala arnab comot2… em… bole ker?

     
    • dila -my-

      August 12, 2010 at 10:54 am

      biasanya air kencing dia tu xmo hilang…tp cuba la cuci ngan minyak..utk lebih mudah, potong jer bulu yg kotor tu pki gunting..tp hati-hati la..jgn smpi kena daging/kulitnya….

       
  8. anum

    August 12, 2010 at 10:29 am

    satu lagi soalan…
    bulu arnab saya lekat2la… nape ek?

     
  9. lil bunny

    November 10, 2010 at 8:42 am

    Arnab saya mengalami patah kaki hadapan…(saya pun x sure sama ada patah atau terseliuh shj sebab kadang kala arnab saya bergerak atau duduk, kaki yg patah tu masih boleh diletakkan di lantai).

    Soalan saya :
    Jika dibiarkan recover sendiri, dalam tempoh berapa lama agaknya nak recover semula kalu dibiarkan di dalam cage shj tanpa perlu bawa berjumpa vets.
    Arnab saya ni masih kecil lagik dalam 2 bulan rasanya dan arnab ni sangat la aktif.

     
    • dila -my-

      November 10, 2010 at 11:19 am

      cuba la sapu dan urut2 ngan minyak gamat..

       
      • lil bunny

        November 11, 2010 at 10:01 am

        Tima kasih atas tips pn tu. Da cuba tips pn. bagi tu…agak hampa sedikit la…cuba letakkan minyak gamat pada arnab saya tu, memang mengelak habis. Nampak macam arnab tu x selesa atau x suka saya sentuh kawasan kaki dia yg cedera tu. Nak cuci kaki dia yg kotor pun dia mengelak.
        Sejak arnab saya tu cedera, dia alami diarhea yg berpanjangan…

         
      • dila -my-

        November 14, 2010 at 9:01 am

        arnab mmg cam gitu..kena tenangkan dia dlu…dan bubuh minyak…kalo dibiarkan akan melarat…cirit-birit tu pun kena rawat segera…arnab bole mati disebabkan cirit-birit..

         
    • Cassandra

      April 14, 2011 at 6:42 pm

      sy pny rabbit, bengkak kaki n mmg mlompat pkai 3 kaki after sy bwak balik dr sbuah pusat jagaan, time tu raya, sy tggalkn dia. mmg kecewa la kalau nk bbuh ubat.. sy bwak pg vet, kne inject, n sy kasik mkn antibiotik pd die, alhamdulillah, sihat..

       
      • dila muhsin

        April 15, 2011 at 10:06 am

        alhamdulillah da sembuh…

         
  10. syakila izzati

    December 14, 2010 at 1:41 pm

    1:law sy gna kain basah yg dh sy celop ngan air dettol ley ke??

    2:sy bagi nenas pd arnab sy umor 2 bulan..blh x??akan alami cirit birit ke??

     
    • dila -my-

      December 16, 2010 at 9:54 am

      1) bole guna…tp nnti kena bilas betul2 supaya xde lg dettol tu…

      2) yup..bole..bg sikit2 jer..jgn byk sgt..

       
    • nur aini

      June 7, 2011 at 10:48 pm

      ehh arnab saya banyak berkurat ,dekat hidung dia,so ,saya nak buat apa?

       
      • dila muhsin

        June 8, 2011 at 6:06 pm

        sapu ngan minyak rambut zaitun

         
  11. i-zaim

    January 25, 2011 at 5:16 am

    kenapa arnab ibu arnab suka mengejar anaknya

     
    • dila -my-

      January 25, 2011 at 7:28 am

      anaknya da usia berapa bulan? jika dia kejar anaknya, kena asingkan…xleh letak sekali..

       
  12. baby webbit

    February 27, 2011 at 11:33 am

    sy pernah mandikan arnab sy beberapa kali.. tapi tak la smpai jirus sbb pnah try, habis calar balar badan sy dibuatnya.. masalahnya die sgt takutkan hairdryer.. camne nak buat ye?

     
    • dila muhsin

      February 27, 2011 at 12:10 pm

      lap kering2 pakai kain pun oke…pastu bg dia berjemur bawah matahari….

       
  13. muhammad hasif

    March 14, 2011 at 11:59 pm

    arnab saye lehernye kotor la mcm mane nak bersihkanye saye dah cube gune tisu basah tpi x bleh mcm mane nak buat

     
    • dila muhsin

      March 15, 2011 at 6:49 am

      potong jer bulu yg kotor tu….

       
  14. epal hitam

    March 19, 2011 at 9:33 pm

    urm,saya selalu jugak mandikan arnab saya.setiap kali sehari sebab bau badan dia yang busuk.so,should i mandikan dia sekali sehari or seminggu sekali ?and then,cane kita nak kenal arnab tu jantan or betina ? sebab hari tu time beli org kedai tu cakap ada satu jantan dan satu betina..tapi bila dah sampai rumah..saya tguk kedua-dua kemaluan tu mcm sama je.byk lagi soalan yg saya nak tanya..tapi dh lupalah.ahaks.. (:

     
    • dila muhsin

      March 20, 2011 at 7:49 am

      seminggu sekali pun oke…sy kalo bau busuk, sy pki bengy spray syampu jer…saya cuma mandikan jika bulunya da kotor sangat…utk kenalpasti jantina tu, sila gunakan button search kat atas side kanan…taip ‘jantina arnab’..

       
  15. ilham

    May 25, 2011 at 6:43 pm

    sye ade bela arnab tpi sya tk mndi kn

     
    • dila muhsin

      May 28, 2011 at 12:29 pm

      sy pun x mandikan kecuali jika arnab terlalu kotor…

       
  16. yani

    June 10, 2011 at 10:44 pm

    saya ada beli tiga ekor arnab.ari tu saya mandikan arnab saya yang sekor tu,nama dia tompok.saya mandikan dia pagi.malam tu saya pergi tengok kat bawah sangkar ada cecair warna merah bercampur oren.ada najis sekali.saya nak tanya apa masalah nya…ada kemungkinan x tompok tertelan sabun ketika saya mandikan nya.

     
  17. yani

    June 11, 2011 at 12:29 pm

    arnab saya tompok baru mati….tapi saya nak tau apa maasalahnya….

     
  18. ekin

    July 9, 2011 at 4:32 pm

    hye…sayer bru first time bela arnab….mcm mner ea dlm pnjagaan dy???

     
    • dila muhsin

      July 9, 2011 at 10:55 pm

      Bagi arnab makan pellet yg bagus, hay(alfalfa bwh 6 bln, timothy 6 bln ke atas). Bagi arnab minum campuran Em4 utk kurangkan bau busuk pee.

       
  19. shikin

    July 11, 2011 at 11:02 pm

    kenapa arnab saya makan tahinya sendiri?

     
    • dila muhsin

      July 12, 2011 at 6:25 pm

      tahi arnab ada 2 jenis..yg berbentuk seperti gugusan anggur,lembik tu..kadang2 arnab akan makan semula sebabnya di dalamnya masih ada khasiat bagi arnab…tahi berbentuk bulat,kering adalah normal..yg nie arnab tidak akan makan semula…

       
  20. mr bieary

    August 9, 2011 at 11:09 pm

    arnab sya aktif walaupn dia gemuk. tp smlm tiba2 jak dia diam dn kdng2 badanya trketar2. sya minumkn dia ubat tp lepas jak dia minum ubat 2 dia meronta2 dn kekejangan dan terus mati. kenapa? sbb sblm ne dia aktif sngt…

     
    • dila muhsin

      August 10, 2011 at 11:27 am

      maybe ubat tu overdose…bg ubat apa”?

       
  21. izy

    August 27, 2011 at 2:09 pm

    salam..hai saya nk tumpang tanya,.ibu arnab saya patah kaki belakang n sampai sekarang dia masih sakit.nk bawak g vet, malangnya xde kt tmpat saya ni..sy hanya mampu sapu minyak urut je..dia x mau makan n minum saya suapkan dia susu tepung je saya bancuh..
    ape pndangan encik ?cemane lagi saya nk wat nk pulihkan arnab saya?..saya sedih x nk kehilangan arnab sy tu =(

     
  22. darth luqman adrin

    September 11, 2011 at 10:43 am

    saya ade bela 2 ekor arnab…bley x bagi die mkan sayur je tanpa bagi dedak???sayur jenis ape yang boleh dan yang x bley bagi die mkan???camne plak nk berinteraksi dengan arnab tu?

     
    • dila muhsin

      September 13, 2011 at 9:07 am

      anda boleh rujuk piramid makanan arnab di dalam entry sebelum ini. makanan utama arnab ialah hay (alfalfa,timothy etc)..

       
  23. yana

    October 21, 2011 at 11:35 am

    arnab saya cirit birit. nak buat mcm mana?

     
    • dila muhsin

      October 21, 2011 at 12:37 pm

      pilihan rawatan ada byk..salahsatu paling mudah, bg arnab minum yakult sehingga sembuh…

       
  24. Najahaj

    October 24, 2011 at 2:26 am

    Salam.. Saya baru belajar bela arnab.. Dh sebulan saya bela arnab. Saya bela 3 ekor. Dua jenis arnab biasa dan 1 jenis fuzzy lop. Saya letakkan tiga2 dalam satu kandang yg sama. Semalam saya bawa balik ke kg. Perjalanan dalam 2 jam lebih. Sampai di kg arnab fuzzy lop saya mcm lemah sikit. Sebelum tu dia ok je dan mahu makan. Mmg kdg2 ada tahi dia lembik sikit tapi kdg2 ok. Sampai kat kg saya dia ada mkn sikit2. Saya ambil dan saja lepaskan dalam rumah bg dia main2. Lepas tu saya letakkan semula dalam cage. Tiba2 ada bunyi kilat kuat sangat. Saya ingat tak ada apa2. Tiba2 arnab fuzzy lop saya jerit dan badan dia macam kejang dan terus mati. Dua ekor lg jenis biasa tak de apa2 pun. Boleh saya tahu sebab apa arnab fuzzy lop saya mati?

     
    • dila muhsin

      October 24, 2011 at 8:15 am

      baka fuzzy lop baka yg sensitif aka manja sket…kalo x silap saya la..arnab tu mati akibat terkejut yang amat sangat…memang ada kes sebegini..apabila arnab terkejut, jantungnya akan berdenyut terlalu laju dan mengakibatkan kematian…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: