Selamat Datang!
salam sejahtera,
Baru sahaja setup blog khas untuk my cute little bunnies nie..Nanti saya akan masukkan lagi entry berkenaan mereka.
Untuk permulaan, saya letakkan dulu gambar bubbles dan brownies.

Bertambah sihat..
Baru-baru ini saya lihat Bubbles (arnab saya yg telah 2x mendapat rawatan di klinik haiwan) bertambah sihat…syukur alhamdulillah…sungguh saya x sangka Bubbles akan pulih..dan saya yakin dalam tempoh 2 minggu lagi Bubbles akan sihat 100%..buat masa ini bahagian bulu yang gugur akibat jangkitan scabis dan kutu tempohari telah mulai tumbuh…dan saya lihat bulu Bubbles semakin panjang mengerbang…mungkin juga disebabkan pemakanan segar dan agak baik yang saya beri kepada arnab-arnab saya..
Di antara pellet biasa yg saya beli itu..arnab-arnab saya lebih gemarkan alfalfa hay Bengy…mmg lebih segar dan harum baunya…
Perjumpaan Persatuan Ternab Arnab Kebangsaan
Persatuan Ternak Arnab Kebangsaan akan mengadakan perjumpaan buat julung2 kalinya di Wisma Nurbaya, Melawati pada 22/11/2009 ini.
[Agenda Penubuhan Persatuan Penternak² Arnab Malaysia.
9.00-9.30pg:: Pendaftaran ahli.
9.30pg:: Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.
9.40pg:: Bacaan doa (Saudara Shamza).
9.50:: Pengkisahan Pengalaman.
10.40:: Taklimat pemakanan Dr.Jaafar(X-Mardi).
11.00:: Rehat.
11.15:: Sesi soal jawab/ Perbincangan Halatuju/ Pemilihan nama rasmi kelab/persatuan.
12.15:: Pemilihan JawatanKuasa Protem Persatuan Penternak² Arnab Malaysia.
1.00ptg:: Majlis Bersurai/ Bacaan Doa Penutup.
Adakah Arnab Sesuai Sebagai Haiwan Peliharaan?
Sebelum anda jatuh cinta untuk memiliki arnab yang cute miut, manja dan comel anda perlulah menitikberatkan beberapa perkara seperti berikut :-
- Jangkahayat arnab ialah 5 tahun atau lebih. Ia memerlukan pemerhatian yang lebih dan tempat tinggal yang selesa atau lebih tepat seperti habitat semulajadinya. Taman kecil arnab agak sesuai disediakan, supaya ia dapat berlari-lari, bermain dan berehat dengan suasana harmoni dan penuh ketenangan.Atau anda boleh melakukan seperti saya, setiap hari saya akan lepaskan arnab-arnab saya dari sangkar selama 30-60 minit sehari supaya mereka berasa seronok bermain berlari-larian ke sana-sini.
- Bau air kencing arnab berbau tengik dan sangat kuat. Anda perlu membersihkannya setiap hari. Jika tidak berkemungkinan lalat akan menghurungi sangkar arnab anda.
- Apabila anda membela arnab, JANGAN sesekali turut memelihara anjing atau kucing. Anjing dan kucing berkemungkinan besar akan memakan arnab anda. Meskipun anda menempatkan arnab di dalam sangkar, anjing dan kucing tetap akan mencuba memakan arnab anda. Oleh itu, berhati-hatilah!
- Arnab memerlukan pemerhatian yang lebih. Sekiranya anda menempatkan mereka di dalam sangkar, sediakanlah alat mainan untuk mereka supaya mereka tidak berasa bosan.Tabiat arnab, mereka suka bermain ‘hide and seek’. Jika anda kreatif, anda boleh membuat toys sendiri.
—pic toys..
- Mungkin agak sukar untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor arnab yang bagus, kerana kebanyakan Vet lebih mengetahui perkara berkenaan anjing dan kucing. Sesetengah dadah seperti Moxicillin, Lincomycin, Clindamycin sesuai untuk anjing dan kucing tetapi boleh membawa MAUT kepada arnab. Juga kos rawatan arnab adalah lebih mahal!
- Arnab anda perlu diberikan pellet yang bagus, alfalfa hay (6bln ke bawah), timothy hay (6 bln ke atas), sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak semua sayur boleh diberikan kepada arnab anda. Iceberg lettuce tidak boleh diberi kepada arnab kerana akan menyebabkan masalah penghadaman.
- Jika anda mempunyai arnab betina, pemandulan harus dipraktiskan supaya kehamilan yang tidak dijangka akan berlaku. Pemandulan juga dapat mengelakkan uterine cancer, yang biasa dihidapi oleh arnab.
- Arnab jantan pula seringkali kencing sebagai menandakan kawasannya. Pemandulan juga adalah cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini terjadi.
- Arnab tidak sesuai atau tidak tahan dengan cahaya panas matahari dan suhu yang tinggi. Arnab dapat menyeimbangkan dirinya dengan baik pada keadaan cuaca yang sejuk. Jadi, adalah lebih baik sekiranya ia bersama anda di dalam rumah.
- Kebanyakan arnab boleh dilatih ke tandas, tetapi ada jugak yang tidak.
- Jangkamasa yang sesuai untuk anda mula memelihara arnab ialah seawal usia 3-4 bln. Arnab akan matang pada usia 6 bln tetapi ada yang matang (spesis yang besar) pada usia 8 bln.
- Arnab suka menggigit dan menggali, jadi bersedia kerosakan kecil yang bakal berlaku
Lop Rabbit
Lop Rabbit ialah spesis arnab yang mempunyai telinga yang jatuh ke bawah.
Terdapat 8 spesis yang lebih spesifik iaitu :-
- Holland Lop (agak famous di Malaysia nie),
- English Lop,
- French Lop,
- Seal Point Cashmere Lop,
- Smoke Pearl Cashmere Lop,
- Red-eye White Cashmere Lop,
- Black Cashmere Lop,
- American Fuzzy Lop
![]() Holland Lop |
![]() English Lop |
![]() French Lop |
||||
| Cross between Dwarf -French Lop x English Lop. Short fur, Heavily muscled. Weigh < 4 lbs. Legs are short, thick, straight & heavily boned for its size. Excellent breeders |
Most popular. “Mandolin type” body. Very long lop ears. Minimal length 21″ from tip to tip & width of 1/4 the length. Very friendly. Weigh > 9lbs |
Cross between English Lop & Flemish Giants. Heavy build. Massive, thickset appearance. Ears hand horse-shoe shaped; extend approximately 1-1 1/2″ below jaw. Weighs >10 lbs. | ||||
![]() Seal Point Cashmere Lop |
![]() Smoke Pearl Cashmere Lop |
![]() Red-eye White Cashmere Lop |
![]() Black Cashmere Lop |
|||
![]() American Fuzzy Lop |
Also known as Cashmere Lop (pictures above). Cross between Holland Lop & Angora. 19 coat colours – blue, chestnut, chinchilla, lynx, opal, squirrel, pointed white, blue-eyed white, chocolate, lilac, ruby-eyed white, sable point, siamese sable, siamese smoke pearl, tortoise shell (black & blue), fawn, black & orange. Short, compact muscular body. Appearance of round ball with flat face. No neck. Very dense, coarse coat 1-2″ length. Ears hang straight down, extending 1/2-1″ below jaw. Weighs 3 1/2-4 lbs. | |||||
Angora Rabbit

Angora rabbit secara umumnya ialah spesis arnab yang berbulu kembang dan panjang. Terdapat 4 jenis angora yang lebih spesifik iaitu Angora, Satin Angora, French Angora dan English Angora.
![]() Angora Origin: Ankara, Turkey. 4 types. English, French, Satin & Giant. Pure bred Giant Angora is only white in colour. Ruby-eyed. Very versatile. Weigh > 9 1/2 lbs with soft, fine undercoat, straight stiff guard hairs & wavy fluff with guard tip in between |
![]() Satin Angora One of the most beautiful, yet least popular of Angora breeds. Wonderful silken wool producers (with brilliant sheen). Weigh 6 1/2- 9 1/2 lbs. |
![]() French Angora Slighter larger, with longer & narrower body than English angora. Good wool producers, but coarse. Ears have tufts. Come in variety of colours including white, solids & broken pattern. Weigh 7 1/2-10 1/2 lbs. |
![]() English Angora Cutest & most popular. Enchanting. Clowns of the group. Delightful fuzzy faces & ears make them look like stuffed animals. Compact, cobby body giving appearance like round ball of fluff. Long, silky hair. Rich ruby-red eyes. Gentle. Very curious & definitely people friendly. Make super house rabbits. Smallest of the Angora. Weigh 5-8 lbs. |
||
Lion Head Rabbit

Baru-baru ini, barulah saya perasan. Arnab peliharaan saya, Bubbles rupanya dari spesis mix Lion Head..terdapat bulu-bulu yang panjang di keliling mukanya, dan mukanya juga sedikit pendek..
Gambar Bubbles saya akan masukkan kemudian.
Makanan my bunnies
Di sini saya letak antara produk makanan yang saya beri khas untuk arnab-arnab saya yg cute miut ini..

Delikate Super Premium Mix Rabbit Food ini saya beli di Cheras, klinik Vet yang saya pergi untuk rawatan scabis. Di dalamnya mengandungi makanan campuran seperti pellet,jagung kering,kacang soya,barley, yis. Mengandungi Vitamin A,E,K,B1,B-6.

Briter Bunny mengandungi 2 jenis pellet iaitu pellet berwarna hijau yang kaya dengan Biotin untuk kesihatan kulit dan bulu arnab. Manakala pellet berwarna oren/jingga mengandungi Beta-Carotene yang biasa diperolehi daripada lobak merah membantu untuk melewatkan usia sel dan turut diperkaya dengan Vitamin C.
Amat sesuai untuk arnab-arnab yang sedang membesar, arnab sedang hamil dan menyusu.
Juga mengandungi Vitamin A, B1,B2, B6,D,E,K,Biotin dan Beta-Carotene
Ubat Luka

Gambar kat atas ialah Bayer Negasunt Powder yang sesuai untuk digunakan bagi merawat arnab anda sekiranya terluka. Anda perlu taburkan sahaja serbuk negasunt di tempat luka tersebut.
Bahan Aktif :
sulphanilamide 5.0% w/w
coumaphos 3.0% w/w
propoxur 2.0% w/w
Bahan Lengai : 90.0% w/w
Mandi bersyampu herba
Saya telah memandikan arnab saya dengan menggunakan Blaze Herbal Shampoo setelah di cadangkan oleh Vet di Kuantan. Kakak saya yang telah membelikannya beserta dengan Bengy Spray Shampoo. Terima kasih bebanyak ye Nyah

Blaze Herbal Shampoo ini boleh menghilangkan dandruff ticks, lice mites & fleas. Dan memang ternyata semua furmites yang dihidapi oleh ketiga-tiga arnab saya telah tiada! Alhamdulillah.
Blaze Herbal Shampoo ini juga sesuai digunakan bagi kucing dan anjing untuk menghilangkan masalah yang sama.
Bagaimana saya memandikan arnab saya?
Caranya..saya basahkan ke seluruh badan arnab dengan cara menyapu air ke seluruh badan. Manakala syampu herba tersebut saya telah larutkan bersama air terlebih dahulu. Kemudian saya sapukan syampu herba ke seluruh badan arnab kecuali bahagian kepalanya. Setelah ini, saya balutkan arnab saya dengan kain dan dibiarkan selama 5 minit. Langkah terakhir ialah bilas dengan air dan lap kering-kering dengan tuala. Jika di hair dryer boleh juga digunakan. Saya juga meletakkan arnab saya di tempat panas buat seketika dlm 15-20 minit sahaja.
Bengy Sprayf Shampoo belum lagi saya gunakan. Mungkin esok atau lusa
Kutu lagik..
erm..nampaknya makin teruk la serangan kutu pada arnab2 cute kesayangan ku ini…nampak winter dan summer dh ada lak bulu yg mula gugur…
harapnya hari ni smpi la powder kutu yg kak ac beli kan dari Melaka tu…
dan Bubbles jugak makin teruk la penyakit kulit dia…uhuhu..camna nk buat nih?? sapu ubat krim yg Vet kasi tu cam xde kesan jer…
someone pls help me..















